Salam hormat,
Semasa saya melawat satu premis industri walit di Sai Buri (Timur laut Patani), pemilik premis ini yang mengelarkan dirinya Mak dan kita panggil beliau juga Mak, memberitahu kami mengamal memakan SBW( Sarang Burung Walit) banyak munafaatnya. Beliau telah mengamal memakan SBW ini sejak 24 tahun yang lalu. Kini usia beliau telah mencecah 77 tahun dan sihat.
Saya perhatikan beliau masih cergas semasa menerima kunjungan kami pada hari berkenaan.
Pertamanya, kata beliau minuman SBW ini memberikan tenaga dan tidak mengantuk. Beliau memerhatikan perihal ini pada nelayan-nelayan yang mendaratkan ikanya di jeti milik beliau (bersebelahan dengan premis walit yang kami lawati). Aabila mereka ini diberikan makan nasi dan lauk yang biasa mereka ini mengantuk selepas itu. Tetapi dengan memberikan minuman SBW mereka ini segar dan tidak mengantuk.
Keduanya, bagi anak-anak yamg diberikan minuman SBW ini, minda mereka lebih hebat (IQ dan ICQ) dan anak-anak Mak ini diberikan minuman ini kepada mereka dan semuanya berjaya dalam pendidikan.
Seterusnya Mak juga mengakui, SBW ini bagus untuk mereka yang merokok. Ia membantu menglegakan tekak dan mengurnagkan kesan nikotin yang terdapat di dalamnya.
Amalan meminum pati SBW juga dapat menyembuhkan penyakit lelah, mencantikkan kulit dan alahan, tambah beliau lagi.
Skian
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment