Salam hormat,
Saya percaya ada di antara pengunjung sesawang ini tertanya-tanya tentang makanan di Selatan Thai, kawasan yang kami lawati. Mudah kah hendak dapatkan makanan islam, atau apakah masakan mereka berbeza dengan kita di Malaysia?
Untuk makluman anda, menu tetap kami ialah TOM YAM. Cuma rasa tom yam mereka ni agak berbeza dengan yang ada di Malaysia. Kalau yang di Malaysia tu, sekali dalam sehari cukup sudah, dan hendak makan tom yam setiap hari lagilah tak laratnya. Tapi di sini OK sahaja.
Sebagaimana yang anda sedia maklum, di Selatan Thai ini hampir 80% penduduknya beragama Islam. Oleh yang demikian saya perhatikan makanan Islam ada di mana-mana sahaja ( termasuklah Mesjid). Jika dalam perjalanan ada tempat seperti R&R adalah kedai makanan Islam (gambar di bawah).
Di bandar teratas yang kami lawati, iaitu Nakhom Si Thammarat, ada terdapat beberapa buah kedai makanan Islam. Di restoren yang kami makan, kalau berkehendakkan roti telor atau roti canai pun ada. Bagusnya di sini penebar rotinya seorang wanita.
Kalau mereka ini sediakan teh bersusu, mereka sediakan teh bersusu ini di dalam satu cawan gelas yang agak kecil (tak pernah lihat di tempat kita bagi tujuan ini). Teh bersusu ini disediakan kira-kira 3/4 cawan sahaja. Memang pekat sekali sehinggakan kelat teh amat terasa. Tetapi disediakan juga di atas meja air suam, jadi jika pekat atau manis sangat anda campurlah air suam secukupnya dan mengikut citarasa anda sendiri.
Di suatu lokasi lain di pinggir Nakhom Si Thammarat ini kami bersarapan pagi. Kami lihat gerai kecil di tepi jalan ini menghidangkan pelbagai masakan dan hampir sama dengan apa yang terdapt di gerai kita di Malaysia. Lihat gambar-gambar berikut.
Saya agak terperanjat bila melihat gulai lemak bercili nangka campur daging ayam tu. Saya nak rasa agak masih awal pagi. Tetapi saya cuba juga makan sira ubi kayu dicampur dengan santan kelapa, memang enak sekali.
Kalau di bandar Hat Yai itu saya rasa anda sendiri tahu memang ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana. Jadi memanglah banyak kedai makan Islam. Di pekan Hat Yai ini kos makanan sebagai contoh, roti canai dan teh tarik ialah 30BTH, kira RM3 duit kita. Banyak kedia makan yang selesa dan harga yang berpatuttan.
Berselera sungguh orang kita makan
Restoren di Patani
Pendek kata untuk mendapatkan makannan Islam tiada masaalah di Selatan Thailand.
Skian
Dr Azizol bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment