Salam hormat,
Pengusaha SBW di Selatan Thai menyatakan mereka juga mengalami kejatuhan harga pada tahun 2010. Episod ini jika diperhatikan betul-betul, adalah sama dengan apa yang dialami di Malaysia dan juga Indonesia, cuma yang berbedza ialah sebab-musababnya. Di Thailand isu ini dikaitkan dengan penggunaan bahan kimia didalam proses pencucian SBW.
Sungguh pun demikian, saya perhatikan harga SBW mentah dan separuh diproses di Thailand adalah lebih menarik daripada harga yang diperdagangkan di Malaysia dan Indonesia. Sebagai contoh, harga SBW yang 80% dibersihkan (gambar di bawah) dijual dengan harga RM4,000.00 se kilogram di Bangkok.
Jika diperhatikan betul-betul kebanyakkanya sarang di atas adalah daripada gred A dan B.
Di sebuah kedai di bandar Hat Yai yang menjual SBW dan produk hiliran SBW, SBW yang sudah diproses( dicuci) dijual dengan harga RM780.00 untuk setengah kilogram (gambar berikutnya).
Harga SBW yang berwarna kemerah-merahan (gambar di atas) lebih mahal. Sarang ini bukan yang diwarnakan dan saya dapat lihat mereka mencuci sarang asal di kedai berkenaan.
Untuk makluman anda RM1 bersamaan 10Thai Bath.
Salah satu daripada faktor yang menyebabkan harga SBW lebih baik di Thailand, kemungkinan besar berkait rapat dengan kadar permintaan yang tinggi berbanding di Malaysia. ini juga dikaitakn dengan jumlah penduduk Thailand yang jauh lebih ramai (kira-kira 70 juta).
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun.
No comments:
Post a Comment