Salam hormat,
Berikutnya saya hendak menunjukkan bagaimana mereka (Mak di Sai Buri) mencuci, memproses dan menyimpan SBW sebelum di hantar ke Bangkok untuk di jual.
Pekerja daripada Myanmar ini diupah sebanyak RM25 sehari bagi mencuci SBW. Tidak banyak perbezaan caranya dengan kita di Malaysia. Perhatikan di peringkat akhirnya mereka mencuci dalam keadaan basah sahaja dan menggunakan gandingan forceps dan sudu plastik(gambar di bawah).
Perhatikan peralatan yang diguna pakai dalam kerja-kerja pembersihan ini.
SBW yang siap di cuci ( gambar di bawah).
SBW yang siap dicuci ini ditoskan airnya sehingga kering. Ia juga ditekap dengan tuala yang bersih dan didapati tidak basah. Ini menentukan SBW ini benar-benar kering dan sedia untuk di bungkus ke dalam bekas plastin, seberat 100 Gm. Sebanyak 5 bungkusan dipek ke dalam tub plastik, ditutup dan di simpan di dalam freezer. Lihat gambar-gambar berikut.
Bermaknanya setiap tub plastin ini mengandungi 5 pek kecil yang sedia untuk di masak dan di makan. Tub seberat 500 gm ini dijual di Bangkok dengan harga RM 1,500.00
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment