Friday, October 25, 2013

BISNES SBW DI BANDAR HAT YAI

Salam hormat,

Untuk makluman anda semua, penulisan ini adalah merupakan paparan terakhir daripada paparan-paparan mengenai hasil lawatan saya ke industri SBW di Selatan Thailand.

Kali ini saya akan memberikan gambaran beberapa bisnes SBW di sekitaran bandar ini yang sempat saya lihat. Pertama sekali, satu pemandangan daripada aras 19 Hotel Lee Gardern (tingkat 9 hotel), ia itu permandangan daripada bilik saya menginap. Untuk amkluman anda juga lobby hotel terletak di tingkat ke 10 bangunan komersial ini.




Sebelum kami menginap di hotel ini, daripada Nakhom Si Thamarrat, sempat singah di sebuah restoren dalam Nora Plaza. Di sini kami mencuba semangkuk sup SBW. Bergantung kepada jinis sup yang dipohon, ia berharga antara RM20 ke RM40 semangkuk. Lihat gambar promosi berikut. Saya mencuba sup Lai Chi Kang yang berharga RM30.00 semangkuk.





Kalau dilihat ke dalam mangkuk ini (gambar di atas) memmang sukar untuk menjawab soalan...berapa banyak SBW di dalamnya?

Peruncitan SBW dalam bentuk minuman dan sup juga dapat dilihat, sebelah malam sahaja, di beberapa gerai di hadapan bangunan hotel. Harganya pun tidak jauh daripada apa yang ditawarkan di Nora Plaza sebelum ini.



Selepas makan malam, saya dan rakan terus jalan-jalan sambil melihat apa yang terdapat di bandar Hat Yai ini. Maklomlah kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Kelihatan memang banyak sekali kedai yang memberikan perkhidmatan urut tapak kaki (Foot Reflexsiology). Semasa jalan-jalan ini saya terjumpa sebuah kedai yang menjual minuman SBW dan juga SBW mentah. Saya dibenarkan mengambil beberapa gambar, dan seperti berikut,





Tekaan saya kenapa ada beberapa kedai dan peruncit yang terlibat dengan pemasaran SBW di sini, dan mungkin banyak kedai lagi, ialah ada kaitan dengan pengunjung wagra China dan mereka ini memakan produk SBW ini untuk memberikan tenaga.

Bagi saya terpenting di Selatan Thailand ini wujudnya usaha untuk memasarkan SBW serta produk tambah nilainya. Jika usaha pemasaran ini tersebar luas di kota-kota besar yang lain seperti Bangkok, ini tidak secarang langsung membantu pemasaran SBW di Selatan Thailand dan tidaklah terlalu bergantung kepada permintaan daripada negara China sahaja.

Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment